Siapa paksa? Ismail kata dia dipaksa, itu ayat dia – Ahmad Zahid

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan pihak yang didakwa ‘memaksa’ Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menandatangani dokumen Surat Cara Proklamasi bagi menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Beliau memaklumkan bahawa kenyataan itu adalah hanya pendapat peribadi Ismail.

“Siapa yang paksa? Dia (Ismail) kata dia dipaksa, itu ayat dia. Saya rasa elok kalau kenyataan itu diabsahkan oleh peguamnya jika ada ketika menandatangani dokumen berkenaan.

“Mungkin ada sidang media yang akan diadakan dalam terdekat berhubung perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC), di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top