Pelakon Janna Nick meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang terlalu mengambil tahu megnenai perubahan fizikal wanita terutama selepas melahirkan cahaya mata.
Menerusi satu hantaran di Threads, Janna berkata sedangkan suami wanita itu tiada masalah kerana tahu tentang pengorbanan isteri.
BACA: Netizen Kecam Individu Body Shaming Najwa Latif

“Kadang-kadang orang luar, walaupun tidak ada kena-mengena, lebih sibuk bercakap tentang badan kita. Suami sendiri okey sahaja sebab dia tahu pengorbanan isterinya,” katanya.
Sementara itu, Janna mengatakan mungkin individu yang mengecam itu belum berkahwin dan tiada siapa mahukan dirinya.
“Sibuk sangatlah! Macamlah orang itu mahu tidur sebelah mereka. Individu yang mengata pula entah-entah masih bujang dan tiada orang mahu. Jadi, teruskan kuat, semua ibu!” tulisnya.
Terdahulu, hantaran seorang individu dikecam apabila memuat naik mengenai fizikal penyanyi Najwa Latif. Tidak kurang juga, ada yang mendoakan individu tersebut menerima balasan susulan kata-katanya yang tidak baik itu.
