Pelakon Adlin Aman Ramlie berharap agar pelawak Jep dan sahabatnya, Shuib dapat mencari jalan untuk selesaikan kemelut antara mereka.
Memetik mStar Online, Adlin berkata manusia tidak terlepas dari membuat silap dan populariti juga turut mendorong seseorang melakukan perkara tidak sepatutnya.
BACA: “Saya Tak Ego” – Shuib Mahu Baiki Hubungan Dengan Jep
Tambah Adlin lagi, selagi masih hidup manusia akan diuji dan ada akan ada pasang surut namun kita juga diberi ruang untuk perbaiki diri.
“Saya berharap kemelut yang berlaku antara mereka, tak kiralah sama ada mereka berdua ataupun pihak-pihak lain yang terlibat, kita perbesarkanlah kebaikan.
“Manusia ini memang selalu melakukan kesilapan. Kadang-kadang kita memang perlukan big punch untuk menyedarkan kita, supaya kita wake up and aware tentang apa yang sedang kita lakukan.
“Saya berharap kedua-dua pihak dapat melihat bagaimana mereka boleh memperbaiki diri, sama ada dari segi kualiti mereka sebagai selebriti, sebagai manusia ataupun sebagai seorang Muslim,” katanya.
Dalam pada itu, Adlin berkata pemikiran terlalu emosi dan tidak rasional serta kebudak-budakan perlu dibuang kerana ia boleh menjejaskan cara masyarakat memandang golongan selebriti.
“Cuma sikap kekampungan dalam berfikir itu perlu dibuang, saya bukan bercakap tentang orang kampung bukan itu maksud saya tapi maksudnya ialah pemikiran yang tidak begitu rasional, tidak terbuka, terlalu emosional dan kadang-kadang kebudak-budakan,” katanya.
Sumber: mStar Online




