Tun M ucap terima kasih! Terharu pusara Hasmah terus diziarahi ramai

Tun M ucap terima kasih! Terharu pusara Hasmah terus diziarahi ramai

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak dapat kerap menziarahi pusara Allahyarham isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang telah meninggal dunia lebih sebulan lalu.

Menerusi kenyataan bertarikh 4 November 2026, Dr Mahathir turut meluahkan rasa terharu apabila masih ramai yang hadir menziarahi pusara Allahyarham serta tidak putus-putus menitipkan doa buat isterinya.

“Hasmah telah pergi lebih sebulan tetapi masih ramai yang menziarah pusaranya.
“Saya merasa amat terharu dan berterima kasih dengan kehadiran serta doa yang tidak putus-putus untuk Hasmah,” katanya.

Wajah sayu Tun M ketika ziarah pusara isteri

Dalam kenyataan sama, negarawan itu turut menyampaikan permohonan maaf kerana tidak berkesempatan untuk bertemu dengan orang ramai yang datang memberikan penghormatan terakhir di pusara isterinya.

“Saya ingin minta maaf kerana tidak dapat sering ke pusara dan bertemu dengan yang datang menziarah pusara isteri saya,” ujarnya.

Selain itu, Dr Mahathir menjelaskan beliau juga tidak mampu membalas setiap surat dan ucapan takziah yang diterima daripada pelbagai pihak.

“Begitu juga dengan surat-surat, ucapan-ucapan takziah yang diterima. Saya tidak dapat nak jawab satu persatu.
“Saya cuba jawab seberapa mampu,” katanya lagi.
Photo by Fatin Asean Mohamed Basar on November 03, 2026. May be an image of flower, carnation and text.

Kredit Foto: Threads fatinasean

Terdahulu, Allahyarham Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira jam 9.20 pagi pada 28 September lalu.

Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya pada hari sama menerusi Istiadat Pengebumian Bertaraf Pembesar Negara.

Sumber: chedetofficial

Scroll to Top