HANG TUAH JAYA – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem terpaksa mendapatkan rawatan selepas mengalami keracunan makanan pada Rabu.
Hee Sem dilaporkan mula merasai kurang sihat sejak dua hari lalu sempat singgah ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan serta ubat.
Keadaan itu tidak menghalang beliau meneruskan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
“Selepas berehat dan mendapatkan rawatan, Ah Sem kembali meneruskan kempen dengan semangat yang tidak luntur.
“Kesihatan mungkin sedikit terganggu, tetapi komitmen untuk terus bersama rakyat Machap Jaya tetap menjadi keutamaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.



