Itali: Inter Milan di bawah bimbingan Antonio Conte berjaya membenam cabaran Sassuolo di tempat lawan dengan kemenangan 3-0 dalam saingan liga serie A semalam.
Bintang Chile, Alexis Sanchez meletakkan Inter di depan seawal minit ke-4 perlawanan setelah memanfaatkan hantaran Lautaro Martinez.
Pada minit ke-14, Inter berjaya menggandakan kedudukan apabila Vlad Chiriches menjaringkan gol sendiri.
Dalam babak kedua, Roberto Gagliardini memastikan kemenangan Inter pada minit ke-60 apabila menyudahkan jaringan yang cantik setelah menerima hantaran daripada Matteo Darmian.
Sassuolo sememangya tidak bernasib baik kerana mendominasi besar perlawanan dengan 66 peratus dalam perlawanan tersebut. Namun, mereka perlu menyalahkan diri mereka sendiri dengan kekalahan itu kerana tidak memanfaatkan peluang yang diperolehi.
Dengan kemenangan ini pastinya akan memberikan semangat kepada Inter dalam menghidupkan pemburuan mereka ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah apabila akan berhadapan Borussia Monchengladbach pada awal pagi rabu ini.
Akmal Hakim
Sports Desk