Ainam Tasneem selamat lahirkan anak kembar

Shah Alam: Penyanyi, Ainan Tasneem selamat melahirkan cahaya mata kembar lelaki dan perempuan di Hospital Shah Alam, Selangor pada 18 Disember lalu.

Penyanyi lagu popular ‘Aku Suka Dia’ itu mengesahkan berita kelahiran itu melalui instagram dengan kesyukuran kerana kedua-dua anaknya itu selamat dilahirkan secara normal.

“Alhamdulillah Ainan direzekikan untuk melahirkan kedua mereka dengan selamat secara normal delivery. Semuanya dengan izin Allah dan asbab memilih untuk melahirkan dengan Dr Siti Mariam yang sangat handal dalam mengendalikan kelahiran kembar. Terima kasih sangat Dr Siti dan jururawat di Hospital Salam”, dipetik sebahagian posting yang ditulis Ainan.

Sebelum ini, Ainan yang berkahwin dengan Mohammad Ariff pada tahun 2017 dikurniakan seorang anak perempuan.

Sumber: Gempak

Akmal Hakim
Glamour Desk

 

Scroll to Top