Johor Baru: Petang tadi saya selaku Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) mengetuai delegasi MUSA melawat ke Pusat Latihan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Padang Seri Gelam dan Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah, Johor Bahru, Johor.
Ketibaan saya dan delegasi MUSA disambut oleh Mr Alistair Edwards, Pengarah Teknikal JDT sebelum diberikan taklimat dan dibawa melawat di sekitar pusat latihan berkenaan termasuk melihat sendiri fasiliti-fasiliti sukan yang terdapat di pusat berkenaan seperti Padang Latihan, Gimnasium, Bilik Rawatan dan Bilik Persalinan Pemain.
Turut menyertai lawatan ini ialah YBhg. Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Timbalan Presiden MUSA; YBhg. Datuk Mohd Saiful Mat Sapri, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC Sdn Bhd; YBhg. Datuk Wira Sazali Bin Muhd Din, Naib Presiden MUSA, serta beberapa Ahli Jawatankuasa Ekeskutif MUSA.

Mewakili kepemimpinan tertinggi MUSA dan rakyat negeri Melaka, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang terhingga kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap pemilik Kelab Bolasepak JDT kerana peluang serta sokongan yang diberikan oleh baginda kepada pembangunan bola sepak tanah air termasuk kepada MUSA selama ini. Terima kasih juga kepada Mr Alistair Edwards dan warga Kelab Bolasepak JDT di atas kesudian menerima kunjungan dan lawatan delegasi MUSA bagi melihat sendiri infrastruktur serta pengurusan kelab JDT.
Semoga hubungan antara MUSA dan JDT kekal erat demi kemajuan bolasepak antara kedua-dua belah pihak pada masa hadapan. InsyaAllah. -Social media
Malay News
Sports Desk



