LATEST

Abang Rita Rudaini disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung

Abang Rita Rudaini disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung

harisfadli@hmetro.com.my

Baca juga: BN-PN Menang 24 Daripada 28 Kerusi, Ini Ketua Menteri Melaka Yang Baharu

​Petaling Jaya: Abang sulung kepada pelakon, Rita Rudaini, Ahmad Musyaiful Mokhtar, 51, dikenal pasti meninggal dunia akibat serangan jantung, awal pagi tadi.

​Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dalam kenyataan, di sini, hari ini.

​”Allahyarham meninggal ketika bertugas di Kastam Kelana Jaya dan arwah menghidap sakit jantung serta pernah mendapat rawatan sebelum ini. Punca kematian akibat serangan jantung,” katanya ringkas dalam kenyataan itu.

​Sementara itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memaklumkan, Allahyarham yang juga seorang Pegawai Kastam Tinggi (WK3) bertugas di Perlis terbabit dalan persiapan Pesta Sukan Kementerian Kewangan dikatakan rebah pada masa kejadian.

Terdahulu, media melaporkan Ahmad Musyaiful menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, pada jam 1.46 pagi tadi.

​Allahyarham dikejarkan ke hospital selepas rebah ketika menjayakan satu acara membabitkan JKDM di Kelana Jaya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news