
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Khamis berkenan menerima menghadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Datuk Seri Ramlan Harun.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan itu berlangsung di Istana Negara di sini.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Hadir sama dalam pertemuan itu Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan yang baharu, Leftenan Jeneral Datuk Fazal Abdul Rahman.
“Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung selama hampir sejam,” menurut hantaran itu. – Bernama



