BUKIT JALIL: Selepas kesemua 10 finalis selesai membuat persembahan, pentas pertandingan Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) ditutup dengan persembahan istimewa yang menghimpunkan artis daripada dua generasi.
Dimulakan dengan persembahan daripada Daiyan Trisha, penonton didendangkan dengan lagu Jangan Lupa Jaga Dirimu, di samping melihat penyanyi tersebut menyanyi di buaian berbunga.
Kehangatan pentas diteruskan lagi dengan persembahan daripada Nabila Razali menerusi lagu Warna Pelangi.
Kemudiannya, semua penonton dilihat begitu ‘asyik’ apabila Amelina mula menguasai pentas dengan lagu dangdut hitsnya itu.
Tampil dengan busana berona kuning, ratu balada Malaysia, Ziana Zain, pula tampil dengan lagu Madah Berhelah selepas bersama-sama Amelina menyampaikan lagu Asyik itu tadi.
Persembahan Amelina mendapat sorakan gemuruh penonton gara-gara gelekan manja yang dipersembahkan di sela nyanyiannya.
Kembali semula menghangatkan pentas, Amelina dan Ziana Zain menutup persembahan berduet menerusi lagu Sangkar Cinta.- UTUSAN
