Ameer jalani swab test sebelum balik kampung

Kota Bharu: Salah satu anggota kumpulan Forteen, Ameer memberitahu bahawa dia menjalani ujian swab COVID-19 terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman.

Ameer atau nama sebenar, Ameerais Azhar membuat ujian itu untuk menjaga keselamatan orang tersayang memandangkan dia pulang daripada kawasan zon merah.

“Alhamdulillah selamat sampai di Kota Bharu. Demi menjaga keluarga di kampung kena patuh SOP. Result pun Alhamdulillah negative. Pada korang yang balik kampung dari redzone tu buatla swat test dulu ya”, tulisnya melalui posting instagram.

Dalam pada itu, entri tersebut menerima perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap bagus tersebut.

Sumber: Gempak

Akmal Hakim
Glamour Desk

Scroll to Top