LATEST
Current Affairs

Arteta lega Raya tidak perlu dibedah

Arteta lega Raya tidak perlu dibedah

KECEDERAAN bahu penjaga gol Arsenal, David Raya dilaporkan tidak seteruk yang dibimbangkan apabila pemain itu tidak memerlukan pembedahan untuk memulihkan kecederaannya.Perkembangan itu disahkan pengendali The Gunners, Mikel Arteta selepas Raya terpaksa dikeluarkan pada minit ke-70 ketika pasukannya terikat 2-2 menentang Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu.Kecederaan yang dialami penjaga gol berusia 31 tahun itu pada awalnya menimbulkan kebimbangan apabila dia dikhuatiri mengalami masalah bahu terkehel yang berpotensi menyebabkannya terpaksa berehat panjang.Bagaimanapun, Arteta memaklumkan hasil pemeriksaan awal menunjukkan keadaan Raya lebih baik daripada jangkaan meskipun pemain itu belum cergas untuk diturunkan dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund pada Rabu.”Dia tidak cergas untuk perlawanan esok, tetapi kecederaannya tidak kelihatan terlalu serius. Kami perlu melakukan beberapa lagi pemeriksaan, namun perkembangan setakat ini agak memberangsangkan.”Kami pada awalnya bimbang kerana dia mengalami kesakitan yang sangat kuat sejurus selepas insiden itu. Namun, keputusan pemeriksaan awal menunjukkan keadaan lebih baik daripada jangkaan.”Tiada keperluan untuk menjalani pembedahan dan itu perkara utama yang kami bimbangkan kerana ia boleh menyebabkan dia berehat selama beberapa bulan,” katanya.Dalam pada itu, Arteta turut memberi bayangan Raya berpotensi kembali beraksi ketika Arsenal menerima kunjungan Manchester City dalam aksi EPL, Ahad ini bergantung kepada perkembangan pemulihannya.

More in Current Affairs

View all

Latest news