MAURICIO Pochettino dilaporkan mahu memperkuatkan tiga posisi utama Manchester United pada jendela perpindahan Januari bagi menyelamatkan kelab itu daripada ancaman penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL).Pengendali dari Argentina itu dikatakan menyasarkan penyerang, pertahanan kiri dan pertahanan tengah bagi memperbaiki kelemahan skuad The Red Devils yang kini menghuni tangga ke-19 liga.Bagaimanapun, hasrat Pochettino itu mungkin berdepan kekangan apabila pengurusan United dilaporkan hanya menyediakan peruntukan sekitar £50 juta (RM268 juta) untuk urusan perpindahan pemain, lapor portal berita antarabangsa.Antara nama yang berada dalam radar Pochettino ialah penyerang AS Monaco, Folarin Balogun yang pernah mencatat prestasi memberangsangkan di bawah kendalian jurulatih berusia 54 tahun itu ketika bersama skuad kebangsaan Amerika Syarikat (AS).United memerlukan tambahan jentera serangan selepas penyerang utama, Benjamin Sesko terpaksa berehat akibat kecederaan sehingga Januari.Balogun pula merekodkan 32 gol dan 13 bantuan jaringan dalam 99 penampilan sepanjang tiga musim bersama Monaco.Namun, prestasi semasanya masih belum meyakinkan apabila pemain berusia 25 tahun itu hanya meledak satu gol dalam lapan penampilan semua pertandingan musim ini.Dalam pada itu, posisi bek kiri turut menjadi keutamaan selepas Luke Shaw terlepas lapan perlawanan terakhir akibat kecederaan.United sebelum ini turut mempertimbangkan kemungkinan mendapatkan khidmat Rayan Ait-Nouri secara pinjaman daripada Manchester City yang kini semakin tersisih daripada kesebelasan utama.Bagi memperkukuhkan benteng pertahanan, Pochettino juga dikatakan memerlukan seorang pertahanan tengah baharu susulan kekalahan besar 0-4 kepada Liverpool dalam aksi pertama beliau bersama United.Jarrad Branthwaite dari Everton dan Calvin Bassey (Fulham) antara pemain yang pernah dikaitkan dengan kelab itu.
United hanya sediakan RM268 juta untuk Pochettino
Malay News | https://www.malay.news/united-hanya-sediakan-rm268-juta-untuk-pochettino/