Intipati berita
- Bekas suami Syida Melvin, Shafiq Shaheen berharap segala kemelut antara mereka dapat diselesaikan secara baik demi anak-anak dan urusan kumpulan syarikat.
- Shafiq mengakui masih belum boleh berbincang dengan Syida kerana keadaan antara mereka masih panas.
- Dia akan mendapatkan bantuan peguam kedua-dua pihak bagi menyelesaikan segala isu secara menyeluruh.
- Shafiq turut menitipkan permohonan maaf kepada ketiga-tiga anaknya, Pia, Jedda dan Isa.
Bekas suami pelakon Syida Melvin iaitu Shafiq Shaheen berharap segala kemelut yang berlaku antara mereka dapat diselesaikan dengan baik, terutama demi kepentingan anak-anak dan urusan kumpulan syarikat.
Baca juga: Selangor dalam proses rampas tanah dijadikan tapak pelupusan sampah haram
Menerusi video yang dikongsikan di Threads, Shafiq turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan serta memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Alhamdulillah, saya sekarang masih dalam recovery mode dan bertambah baik daripada yang sebelum ni.
Akui masih belum boleh berbincang dengan Syida Melvin
View on Threads
Mengulas mengenai konflik yang berlaku, Shafiq mengakui dia masih belum dapat berbincang secara baik bersama Syida kerana keadaan antara mereka masih tegang.
Bagaimanapun, dia menegaskan hasratnya untuk menyelesaikan segala perkara secara menyeluruh dengan bantuan peguam daripada kedua-dua belah pihak.
Saya nak selesaikan semua kes secara keseluruhannya demi anak-anak, saya, Syida dan kumpulan syarikat. Tapi sekarang, saya pun tak boleh nak berbual dengan Syida dengan baik sebab keadaan masih panas.
Saya akan cuba dapatkan bantuan melalui peguam kedua-dua pihak untuk selesaikan perkara ini secara menyeluruh.
Saya harap usaha untuk hubungi dia, sama ada secara terus atau melalui peguam dia, akan membuahkan hasil.
Shafiq Shaheen mohon maaf buat ketiga-tiga anak
Dalam perkongsian sama, Shafiq turut menitipkan permohonan maaf buat ketiga-tiga anaknya yang dikenali sebagai Pia, Jedda dan Isa.
Kepada Pia, Jedda dan Isa, Daddy minta maaf.
Untuk info, Syida dan Shafiq bercerai pada 12 Ogos lalu dengan talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, setahun.
The post ”Keadaan Masih Panas” – Shafiq Shaheen Beri Kenyataan Terkini Tentang Kes Perceraian Dengan Syida Melvin appeared first on Oh! Media.