LATEST
National

Haily dapat kontrak RM42.05 juta bina kedai pejabat di JB

Haily dapat kontrak RM42.05 juta bina kedai pejabat di JB

KUALA LUMPUR: Haily Construction Sdn Bhd, iaitu anak syarikat milik penuh Haily Group Bhd (Haily Group) dilantik sebagai subkontraktor utama bagi kerja pembinaan kedai pejabat di Johor Bharu, Johor bernilai RM42.05 juta.

Baca juga: OKU penglihatan perlu diberi peluang, lihat potensi

Kumpulan pembinaan bangunan itu menyatakan bahawa ia telah menerima surat lantikan (LoA) daripada PGBG Construction Sdn Bhd hari ini bagi pembinaan 56 unit kedai pejabat berkembar di Bandar Wawari, tiga pencawang Tenaga Nasional dan sebuah rumah pam.

“Kerja pembinaan tersebut akan bermula pada 1 Disember 2026 dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan iaitu pada 31 Mei 2028,” menurut syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut Haily Group, LoA itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh subkontrak tersebut.

-BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news