Arteta minta maaf, sedia bertanggungjawab

London: Mikel Arteta berkata dia bersedia bertanggungjawab sepenuhnya dalam usaha mengelak Arsenal daripada terjerumus ke zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris. Pengurus The Gunners itu sedang mempersiapkan pasukan kendaliannya bagi berdepan Southampton, awal pagi Khamis selepas tewas empat perlawanan berturut-turut di laman sendiri.
Arteta percaya prestasi anak buahnya semakin meningkat biarpun kemenangan tidak menyebelahi mereka terutamanya ketika tewas di tangan Burnley dan Wolves tetapi sedar ia tidak boleh berterusan. Saya berasa tertekan sepanjang masa. Ini adalah realitinya dan kami perlu hadapinya.

Kami perlu berani hadapinya, terus berjuang dan tidak boleh berputus asa. Ia bukan masa untuk menyembunyikan diri, sebaliknya kami perlu hadapinya. Buat masa ini, saya minta maaf tetapi kami perlu bertanggungjawab. Kami tidak memenangi perlawanan dan kami perlu terima segala kritikan kerana anda memang berhak. Apa lagi yang saya boleh lakukan? Tundukkan kepala dan bekerja keras bagi memperbaiki semuanya, kata Arteta. Kekalahan 0-1 di tangan Burnley di Stadium Emirates menyaksikan Granit Xhaka dilayangkan kad merah selepas mencekik leher Ashley Westwood.
Xhaka menjadi pemain keenam yang dibuang padang sejak Arteta menjadi pengurus tetapi pengendali dari Sepanyol itu berkata masalah berkenaan sudah diselesaikan secara dalaman.Sumbe-BH

Malay News
Sports Desk