Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada

Athira Yuhada dituduh tak tahu malu, netizen cadang buka tabung untuk Shuhada

Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mohd Shukri hari ini telah berkongsi satu kenyataan bahawa dirinya menerima surat saman daripada ‘orang ketiga’ disebabkan posting Instagramnya sebelum ini.

Menurut Shuhada, wanita dikenali sebagai Athira Yuhada itu telah melayangkan tuntutan kepadanya menerusi peguam dan ia nyata membuatkan dirinya berasa susah hati.

Mana tidaknya, dengan pelbagai masalah yang tiba-tiba sahaja muncul, dia terpaksa bekerja keras demi anak-anak dan perbelanjaan dirinya memandangkan tidak mempunyai simpanan sewaktu bergelar suri rumah.

Apabila baru mula berdikari dia telah disaman pula oleh individu yang menjadi punca rumah tangganya hancur.

Susulan daripada kenyataan yang ditulis di media sosial, ramai yang bersimpati dengan nasib wanita berusia 29 tahun itu. Kebanyakan mereka mengakui geram dengan Athira dan mengatakan bahawa individu berkenaan tidak tahu malu selepas menjadi punca runtuhnya sebuah rumah tangga.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mencadangkan agar membuat kutipan bagi membantu Shuhada membayar kos guaman kerana tahu untuk ‘berlawan’ di mahkamah memerlukan kos yang agak tinggi.

 

 

 

 

Terdahulu, Shuhada telah membuat satu hantaran dengan mengucapkan terima kasih kepada ‘penyondol’ kerana berjaya menghancurkan hatinya serta anak-anak kerana menjalinkan hubungan dengan suaminya.

Hal ini susulan permohonan maaf dari Athira yang mengaku mempunyai hubungan dengan Hafidz Roshdi dan berjanji untuk mengakhiri hubungan mereka setelah merasakan tindakan yang dibuat adalah salah.

Sumber: Instagram ShuShukrii