Pelakon Atikah Suhaime mengakui faktor genetik memainkan peranan penting dalam menentukan bentuk dan berat badan seseorang, termasuk dirinya sendiri yang perlu sentiasa menjaga pemakanan.
Persoalan itu timbul selepas seorang individu tampil mempersoalkan bahawa bentuk tubuh sama ada kurus atau berisi sememangnya dipengaruhi oleh keturunan.
Ia selepas melihat perbezaan ketara antara individu yang mampu kekal kurus walaupun makan dengan kuantiti yang banyak, berbanding mereka yang mempunyai berat badan mudah bertambah meskipun menjaga pemakanan.
“Betul ke gemuk kurus ni genetik? Adakah kalau ayah atau ibu kita gemuk/kurus anak-anak mewarisi dan kita pun nak kurus/gemuk sangatlah susah?
“Tertanya sebab tengok ada yang kurus tapi makan banyak tetap maintain, yang gemuk pula, bila tengok family dia pun memang semua lebih kurang sama dengan dia,” soalnya.

Berkongsi pengalaman peribadi, Atikah mengakui dirinya mewarisi bentuk badan daripada ibunya yang berdarah Pakistan.
“Yes. My mum darah Pakistan memang baka besar. Senang gemuk. So, my mum and me have to diet sepanjang tahun.
“The only time tak diet adalah hari raya untuk nampak badan normal. Kalau makan macam orang biasa akan jadi gemuk,” katanya menerusi hantaran di Threads.
Tambahnya lagi, ahli keluarganya yang lain juga perlu berusaha keras untuk mengekalkan bentuk badan, termasuk mengamalkan rutin senaman yang konsisten.
“My Abang and adik pun keep fit hari-hari lari 10 kilometer untuk nampak badan normal,” jelasnya.




