Bekas Ahli Parlimen Kapar didakwa di mahkamah esok

Bekas Ahli Parlimen Kapar didakwa di mahkamah esok

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Kapar dari Parti Keadilan Rakyat akan dituduh di  Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok.

Dia yang juga merupakan bekas Ketua PKR Cabang Kuala Selangor akan didakwa atas pertuduhan menggunakan perkataan yang mengaibkan.

Pertuduhan itu di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Untuk rekod suspek pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kapar selama sepenggal iaitu antara 2008 hingga 2013.

Kemudian wakil rakyat itu telah melepaskan jawatan dan parti PKR pada April 2018 selepas keahliannya dalam parti tersebut digantung pada Ogos 2017.

Suspek berkhidmat sebagai wakil rakyat Kapar selepas bertanding mewakili PKR dan menewaskan penyandang kerusi itu dari Barisan Nasional, Datin Paduka P. Komala Devi dalam Pilihan Raya Umum 2008.- MalaysiaGazette