Bekas PM Finland menang pilihan raya presiden

Bekas PM Finland menang pilihan raya presiden

LONDON – Bekas Perdana Menteri Finland, Alexander Stubb dipilih menjadi presiden ke-13 negara Nordik itu selepas menewaskan bekas Menteri Luar, Pekka Haavisto dalam saingan sengit pada pilihan raya presiden, semalam.

Stubb yang mewakili parti konservatif National Coalition mendapat 51.6 peratus undi manakala Haavisto dari parti Green memperolehi 48.4 peratus undi, lapor agensi media tempatan, Anadolu.

“Saya akan melakukan yang terbaik pada setiap hari dan mengutamakan kepentingan Finland dan mahu menjadi presiden bagi seluruh negara,” katanya dalam satu sidang media.

Stubb akan menggantikan Presiden Sauli Niinisto yang telah tamat dua penggal selama enam tahun dan tidak dibenarkan untuk bertanding semula. – Agensi

Scroll to Top