Bekas pemain & atlet luar beri sokongan, ada petisyen gesa Lee Zii Jia tak digantung

Berita peletakkan jawatan pemain nombor 7 dunia, Lee Zii Jia kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tempoh hari sememangnya mengejutkan.

Rentetan daripada itu, pihak BAM dengan tegas telah mengambil keputusan untuk menggantung Lee Zii Jia selama 2 tahun  dengan tidak mendaftarkan nama pemain itu untuk menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa bermula 18 Januari 2022.

Pengumuman tersebut nyata membuatkan peminat sukan Tanah Air marah kerana Lee Zii Jia merupakan bakat muda yang sedang mencipta nama dan berpotensi untuk menjadi pelapis Datuk Wira Lee Chong Wei.

Media sosial pemain berusia 22 tahun itu juga sudah bertukar gambar profil dengan memuat naik paparan gelap seakan berkabung dengan keputusan tersebut.

Walau bagaimanapun, menerusi media sosial, dapat dilihat pemain badminton antarabangsa seperti dari Denmark dan juga senior-senior badminton Malaysia menyuarakan sokongan buat atlet kelahiran Kedah itu.

 

 

Terdapat juga satu patisyen dibuat oleh rakyat Malaysia untuk tidak menyokong penggantungan selama dua tahun buat Zii Jia serta seorang lagi pemain badminton negara, Goh Jin Wei.

Tak hanya itu, media sosial juga gamat dengan perdebatan mengenai nasib pemain badminton tersebut dan rata-rata menyuarakan sokongan terhadapnya.

Mereka juga berharap agar penggantungan dalam tempoh dua tahun ini tidak dilakukan kerana boleh ‘membunuh’ kerjaya seorang pemain profesional yang sedang berada di rangking 7 dunia.

Sumber: Instagram Lee Zhii Jia, teammsia, hkvittinghus, anders_antonsen