Benzema anggap petanda baik

Benzema anggap petanda baik

NICE, Perancis: Karim Benzema berkata dia gembira dengan persembahannya walaupun gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam kemenangan 3-0 ke atas Wales pada aksi pemanas badan Euro 2020.

Benzema tercicir daripada skuad Perancis kendalian Didier Deschamps sejak Oktober 2015 selepas terbabit dalam rancangan memeras ugut.

Kylian Mbappe, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele menjaringkan gol dalam aksi persahabatan antara juara Piala Dunia itu menentang pasukan empat terbaik Euro 2016.

“Saya rasa bagus sepanjag perlawanan. Ia petanda yang baik untuk apa yang bakal berlaku.

“Kuncinya ialah mencipta peluang, menang dan melakukan dengan lebih baik untuk menjaringkan lebih banyak gol.

“Saya bangga dapat menyarung jersi ini sekali lagi. Saya mahu terus bermain dan membuktikan apa yang mampu saya lakukan di atas padang,” kata Benzema.

Deschamps turut memberikan lilitan kapten kepada penjaga gol Hugo Lloris yang membuat penampilan ke-100 dalam kesebelasan utama Perancis.

Pemain tengah N’Golo Kante direhatkan selepas memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Chelsea Sabtu lalu.

Perancis akan berdepan Bulgaria Selasa ini sebelum aksi pembukaan Euro 2020 menentang Jerman di Munich pada 15 Jun.

Wales akan melayan kunjungan Albania pada Sabtu sebelum berangkat ke Baku berdepan Switzerland pada 12 Jun. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top