KUCHING – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk tidak menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.Dalam kenyataan pada Rabu, beliau memaklumkan, Bersatu mengikuti perkembangan politik semasa di Sarawak yang memberi tumpuan kepada kestabilan, keharmonian pelbagai kaum dan pembangunan ekonomi yang lestari.”Sehubungan dengan itu, Bersatu telah mengambil ketetapan untuk tidak menyertai PRN Sarawak ke-13,” katanya.Mohamed Azmin berkata, Bersatu Negeri Sarawak akan terus berusaha memperkukuh asas perjuangan parti itu sebagai wahana untuk memberi khidmat kepada rakyat negeri itu.Selain Bersatu, turut mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRN Sarawak ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Barisan Nasional, Pas, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Wawasan Negara (Wawasan).Sementara itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) telah mengumumkan semua 82 calonnya. Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pula meletakkan 26 calon, DAP (12) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) dengan dua calon.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-13, dengan hari penamaan calon Sabtu ini manakala pengundian awal pada 8 Disember.- Bernama
Bersatu tidak sertai PRN Sarawak – Azmin Ali
Malay News | https://www.malay.news/bersatu-tidak-sertai-prn-sarawak-azmin-ali/