“Biar Lelaki Je Menang, Nak Menang, Ambillah” 

“Biar Lelaki Je Menang, Nak Menang, Ambillah” 

Pelakon Norreen Iman memilih untuk tidak berkongsikan lebih lanjut mengenai isu dihadapinya susulan luahan dibuatnya di media sosial baru-baru ini.

Memetik mStar Online, Norreen berkata ianya hanya luahan persaan dan bukan bertujuan mahu menceritakan apa yang berlaku kepada umum.

BACA: “Berani Hidup Bahagia Tapi Abaikan Anak-Anak? Sabar Jap” – Norreen Iman

“Saya rasa apa yang anda semua tengok dekat media sosial tu, ia rentetan apa yang pernah berlaku sebelum ini. Kalau korang tahu perkembangan kehidupan saya, semuanya baik sahaja. Anak saya terjaga, ibu sihat dan rezeki pun okay, Alhamdulillah. Apa yang dikongsikan di Threads itu kekal saja disitu,” katanya.

Sementara itu, Norreen berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai punca dia membuat luahan berkenaan dan apa yang penting dia hidup bahagia bersama anak-anak.

“Tak apalah, biar lelaki je memang. Nak menang, ambillah. Biar saya hidup bahagia dengan anak-anak saya. Macam sekarang ni pun awak semua temu bual saya pun saya berada di lokasi saya perlu bekerja. Demi sesuap nasi, sebab hidup di Malaysia tak semudah itu. Orang kata apa nak jadi, jadilah,” katanya.

Terdahulu, Norreen berkata dia menerima banyak provokasi dan segala tuduhan yang timbul tiada kaitan dengan perubahan dalam kehidupannya

Sumber: mStar Online


Scroll to Top