RCI syor lakukan audit forensik keputusan pelaburan TH yang lalu

RCI syor lakukan audit forensik keputusan pelaburan TH yang lalu

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mencadangkan supaya audit forensik dilaksanakan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berdepan penurunan nilai aset yang teruk.

Menurut Laporan RCI TH yang didedahkan, hari ini, antara pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik membabitkan pelaburan di beberapa syarikat, termasuk PT TH Indo Plantations (THIP), Emrail Sdn Bhd, Wellspring Worldwide Limited dan Deru Semangat Sdn Bhd (DSSB).

Selain itu, Trurich Resources Sdn Bhd (Trurich), Abraj Sdn Bhd (Abraj), Putrajaya Perdana Berhad, Al-Rawda Real Estates Development & Project, Management Co Ltd (Al-Rawda) serta Alfareeda Residential Fund (Al-Fareeda).

“(Turut dicadangkan untuk menjalani audit forensik ialah pelaburan di) TH Plantations Berhad (THP), TH Properties Sdn Bhd (TH Properties), Alam Maritim Resources/TH Marine, TH Hotel & Residences Sdn Bhd (THHR), serta FGV Berhad (FGV),” menurut syor dalam laporan RCI itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top