Pelakon Siti Khadijah berkata dia pernah melalui hubungan cinta dengan konsep 50-50 dan tidak mahu lelaki yang mahu melakukan konsep berkenaan apabila berkahwin kelak.
Menerusi satu podcast, Khadijah berkata apabila lelaki terlalu selesa wanita turut membantu, dia akan lupa tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
BACA: Siti Khadijah Berang Foto Disunting Guna AI Bersama Daddy Ash
“Bila bercinta pun dia dah selesa untuk ’50-50?, bila dah kahwin nanti akan lagi selesa dan dia akan lupa tanggungjawab sebagai seorang lelaki. Sebab aku pernah lalui itu semua. Aku dah pernah ‘50-50’ dah, aku tak nak ‘50-50’.
“Contohnya macam pergi tengok wayang, kita beli air. Air satu cawan pun dia nak ‘50-50’. Daripada ‘50-50’, baik aku beli sendiri,” katanya.
Sementara itu, Siti juga berkongsikan dia mahu mencari lelaki yang stabil kerana sebelum ini dia pernah membantu lelaki membina kehidupan dari bawah namun ditinggalkan juga.
“Kadangkala bila perempuan jaga lelaki itu, kita ‘handsome’-kan dia, kita ikut apa dia nak, hujung-hujung kita kena tinggal juga.
“Kita bersama dengan lelaki daripada lelaki itu nothing sampai dia jadi something, lepas itu dia tinggalkan kau. Jadi, aku dah tak nak tolong build up’lelaki dah. Kalau boleh cari lelaki yang dah stabil.
“Contoh kalau tengok wayang, popcorn kau beli, tengok wayang dia beli tiket. Aku bukannya jenis yang kejam sangat.
“Tapi kalau itu tahap dia nak pergi dating, dia boleh cari orang yang macam itulah. Itu macam budak sekolah punya stail,” katanya.




