Bolehkah ikut jalan jauh sebab nak jamak qasar solat?

Bolehkah ikut jalan jauh sebab nak jamak qasar solat?
Bolehkah ikut jalan jauh sebab nak jamak qasar solat?

ADA ketikanya kita menggunakan jalan lebih jauh untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Foto Canva

Soalan

Saya tinggal di bandar dan ada dua jalan untuk pulang ke kampung. Jika melalui jalan biasa, tidak cukup dua marhalah, namun jika menggunakan lebuh raya, lebih dua marhalah. Apakah saya dibolehkan untuk jamak qasar sekiranya menggunakan lebuh raya?

Jawapan

Musafir bermaksud seseorang yang sedang melakukan perjalanan jauh dan dari sudut pandang Islam, dia diberikan kemudahan (rukhsah) dalam ibadah seperti solat dan dibenarkan berbuka puasa.

Bagaimanapun, syaratnya dia perlulah melakukan perjalanan sejauh dua marhalah atau lebih yang bersamaan lebih 81 kilometer dan tujuan musafir pula bukanlah untuk melakukan maksiat.

Berbalik kepada soalan, sekiranya dia sengaja menggunakan jalan jauh semata-mata untuk mendapatkan lebih dua marhalah yang membolehkan dia jamak qasar solat, perbuatan tersebut tidak dibenarkan.

Namun jika dia menggunakan jalan jauh kerana mengelakkan kesesakan yang teruk jika melalui jalan dekat, ia dibolehkan.

Sama juga jika dia menggunakan lebuh raya untuk kemudahan dan keselesaan ketika memandu atau ada tujuan untuk berjumpa dengan seseorang di pertengahan jalan jauh, ia juga dibenarkan.

Secara mudahnya, jika ada tujuan tertentu untuk dia menggunakan jalan jauh yang lebih dua marhalah itu, maka dia dikategorikan sebagai musafir dan dia dibolehkan untuk jamak qasar solatnya.

Scroll to Top