Oh! Artis
Caprice terus ‘fight’ Ebit Lew selepas kalah saman dan diperintah bayar ganti rugi RM220,000.
Selepas diperintah membayar ganti rugi RM220,000 dan memohon maaf kepada Ebit Lew, penyanyi rap Caprice tampil memberi bayangan bahawa perjuangannya masih belum berakhir.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata keputusan yang dibuat semalam tidak melemahkan pihaknya, sebaliknya membuatkan mereka lebih bersemangat untuk kembali fokus kepada kes-kes seperti itu.
“Results semalam buat kami lagi semangat”
Menurut Caprice, terdapat beberapa peringkat mahkamah di Malaysia bagi membolehkan kes-kes besar dikaji semula. Dia juga tidak terkesan apabila diperli perlu meminta maaf dan membayar ganti rugi apabila kalah saman.
Caprice berkata dia tidak mempunyai masalah untuk mencari kerja atau wang kerana percaya rezeki masing-masing sudah ditentukan.
Namun, ayat yang paling mencuri perhatian adalah apabila dia menyindir dengan menyebut dirinya tidak mempunyai NGO atau cawangan kedai runcit untuk mencuci duit.
Menurut Caprice, selama ini dia tidak pernah berkira apabila ada pihak meminta bantuan atau mahu sesuatu masalah diketengahkan.

Caprice turut mengaitkan perjuangannya dengan kes PU Azman yang menurutnya mengambil masa lima tahun untuk dibuktikan.
Katanya, sepanjang tempoh itu, dia menerima kecaman bertubi-tubi kerana membantu mangsa. Jadi, Caprice tidak kisah jika perlu mengambil masa lagi tiga tahun untuk membuktikan kes berkaitan Ebit Lew pula.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
