Coway Malaysia Ganding Bahu dengan Sunway University

Coway-sunway

Kuala Lumpur: Coway (Malaysia) Sdn Bhd telah memeterai Perjanjian Tajaan dengan Sunway University untuk menjalin usaha sama selama enam bulan dengan para pelajar dan penyelidik dari Sunway University. Kerjasama saling bermanfaat ini bakal menyaksikan Coway menyumbang RM30,000 untuk aktiviti penyelidikan dan latihan yang menyokong pembangunan kitaran hayat produk Coway, dan juga kepada Solutions Lab, yang merupakan inisiatif serba baharu di bawah Sunway Innovation Labs (iLabs) yang memperkasakan bakat-bakat inovatif muda di Sunway University untuk bersama-sama mencipta penyelesaian yang menangani masalah dunia sebenar yang dihadapi oleh industri.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata: “Saya yakin kerjasama ini akan membawakan manfaat berganda bagi tenaga kerja Coway dan para pelajar universiti. Pendidikan dan latihan adalah proses sepanjang hayat. Oleh yang demikian, kami terus komited dalam usaha kami untuk melabur dalam latihan berterusan kakitangan kami. Memandangkan peluang perkongsian ilmu yang luas disediakan di Coway, mahasiswa Sunway University juga boleh mendapat manfaat daripada latihan amali, perkhidmatan sementara berasaskan projek dan pengambilan pekerja jangka panjang dalam organisasi kami.”

“Seperti Sunway University, Coway juga amat mengutamakan inovasi dan kami kagum dengan kerja cemerlang yang dijalankan di Sunway iLabs. Program tersebut membuat pelaburan besar dalam usaha mempelopori inovasi dan menyemai ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan bakat muda dalam bidang pembangunan perisian, pembangunan web/aplikasi, analitik data, pemasaran digital dan projek reka bentuk grafik,” ujar beliau. Kami juga yakin bahawa kepakaran, pengetahuan tentang teknologi terkini dan keupayaan penyelidikan universiti akan membantu mencapai matlamat kami untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik,” tambah Choi.

Choi telah menandatangani perjanjian bagi pihak Coway Malaysia, manakala Naib Canselor Sunway University, Profesor Graeme Wilkinson telah menandatangani perjanjian bagi pihak universiti. Choi kemudiannya menyampaikan replika cek tajaan bernilai RM30,000 kepada Profesor Wilkinson. Mempunyai peluang untuk kerjasama dengan peserta terkemuka industri seperti Coway untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem kami merupakan satu penghormatan besar dan kami yakin pelajar dan penyelidik kami akan mendapat manfaat dengan menimba pengalaman industri. Dalam pada itu, kami menghargai kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menyediakan latihan bagi kakitangan Coway pada bulan-bulan yang akan datang. Pengalaman ini amat bermakna dan bermanfaat bagi kami dalam melangkahi ke tahun 2021,” katanya.

Turut hadir untuk menyaksikan majlis tandatangan perjanjian ialah Ketua Pegawai Kewangan Coway Malaysia, Daniel Choi dan Ketua Bahagian Pemasaran Chris Noh. Bersama mereka di majlis ini ialah Ketua Pegawai Inovasi Sunway Group & Pengarah Sunway iLabs, Matt van Leeuwen; dan Ketua Sunway iLabs Foundry, Karen Lau.

Van Leeuwen berkata, “Kerjasama dengan Coway ini membuktikan bahawa pencapaian kami di Sunway iLabs dalam tempoh beberapa tahun lepas ini sebagai platform inovasi bersepadu yang merapatkan jurang antara industri dan dunia akademik. Bakat-bakat dari kalangan pelajar dan ahli akademik yang kami bangunkan adalah pemangkin yang mempelopori inovasi dengan membina penyelesaian yang benar-benar berpandukan pasaran.”

iLabs Foundry, sebahagian daripada Sunway iLabs, bertanggungjawab terhadap pembangunan kerjasama industri Sunway University, dengan matlamat merapatkan jurang antara dunia akademik dan industri, dengan mempelopori inovasi secara bersama. -Press Released

Malay News
Business Desk

Scroll to Top