Pelakon Anzalna Nasir berpendapat rupa paras atau kecantikan sahaja tidak cukup untuk membentuk rumah tangga bahagia.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Anzalna berkata isteri perlu memiliki pelbagai kemahiran, termasuk mengurus anak, memasak serta menjadi isteri solehah.
BACA: “Perkahwinan Bukan Tentang Kekayaan” – Anzalna Jawab Komen Kahwin Lelaki Kaya

“Dalam rumah tangga, cantik sahaja tak cukup. Kena pandai jaga anak, pandai memasak, mengemas rumah, dan boleh jadi isteri solehah. Pendek kata, jadi ‘full package’ baru berbaloi,” katanya.
Sementara itu, Anzalna berseloroh mengatakan suaminya, Hanif Zaki bertuah kerana memilikinya sebagai pasangan hidup.
“Contohnya, macam suami saya, dia memang jackpot dapat saya. Saya boleh buat semua benda,” katanya.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees, 7, dan Mohamad Emirhan kini berusia empat tahun.




