“Dangdut Ni Sebenarnya Tak Perlu Bergelek Pun”

“Dangdut Ni Sebenarnya Tak Perlu Bergelek Pun”

Penyanyi dangdut Amelina berkata dia sentiasa menjaga imej ketika membuat persembahan dan di atas pentas dirinya adalah seorang penghibur.

Memetik mStar Online, Amelina berkata dia tidak pernah bergantung kepada aksi gelek dan baginya dangdut tidak perlu bergelek.

BACA: Buat Rawatan Tanam Benang, Amelina Nafi Ubah Wajah

“Dari dulu saya memang tak ‘ligat’ (bergelek). Saya suka menghiburkan, kalau di atas pentas saya seperti seorang penghibur saja. Dangdut ni sebenarnya tak perlu nak bergelek pun. Lagu-lagu saya pun bukan lagu ‘gedik’ tapi sweet.

“Saya pula risau sekarang ni dah banyak sangat lagu yang tak maksud. Dulu lagu dangdut boleh masuk AJL tau sebab lirik dan muzik tak merapu,” katanya.

Sementara itu, Amelina berkata persepsi orang ramai yang mengaitkan genre dangdut dengan aksi gelek sudah wujud sejak dulu Bagaimanapun, Amelina berkata dia mahu mengekalkan identiti tersendiri serta meletakkan batasan dalam penampilan.

“Dari dulu orang memang dah cakap kalau dangdut saja mesti kena gelek. Cuma saya ini saja tak boleh bergelek.

“Lagu saya pun tak sesuai untuk bergelek. Saya nak cari kekuatan nyayian dengan lagu yang baik. Untuk berjoget sikit dan bergoyang sikit tu bolehlah tapi kalau nak pakai seksi memang tidaklah,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top