LATEST

3 rumah rosak akibat kebakaran

3 rumah rosak akibat kebakaran

audreymd@nst.com.my

Baca juga: 96,844 warga asing ditahan sejak 2024, terlibat pelbagai jenayah

Nibong Tebal: Tiga rumah setingkat di Kampung Baru Sungai Kecil di sini, musnah dan rosak dalam kebakaran awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.10 pagi.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati kebakaran membabitkan tiga rumah.

“Kesemua penghuni sempat menyelamatkan diri sebelum jentera bomba tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

John berkata, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 90 peratus rumah kedua, 60 peratus rumah pertama, dan satu peratus rumah ketiga.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada 4.44 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada 6.20 pagi, sebelum kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

“Operasi tamat pada 6.44 pagi dan kes diserahkan kepada Bahagian Penyiasatan Kebakaran untuk mengenal pasti punca kebakaran serta jumlah kerugian,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news