Usahawan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red menafikan dakwaan bekas isterinya, Adira Suhaimi yang mengatakan beliau meminta RM100,000 sebagai syarat untuk menggugurkan kes pengesahan lafaz rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
Menurut laporan Kosmo, Datuk Red, berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali dan beliau tidak pernah mengemukakan sebarang syarat berbentuk bayaran.
Saya tak kemukakan sebarang tawaran secara rasmi dan perkara ini bukannya untuk berjual beli.
Hanya mahu kepastian hukum syarak

Datuk Red menjelaskan, tujuan sebenar beliau memfailkan kes tersebut adalah untuk mendapatkan kepastian status hubungan mereka dari sudut hukum syarak, bukan untuk mencetuskan konflik.
Kalau rujuk ini sah, tak ada masalah. Saya sendiri yang pergi mohon nanti untuk berpisah.
Tambahnya lagi, beliau tidak mahu isu ini diperbesarkan dan hanya berharap ia dapat diselesaikan dengan baik.
Datuk Red akui tidak mahu teruskan perkahwinan

Dalam kenyataan sama, Datuk Red turut mengakui beliau tidak lagi mahu meneruskan perkahwinan bersama Adira kerana hubungan tersebut sudah tidak sihat.
Saya pun tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Kalau teruskan juga akan jadi toksik.
Beliau turut menolak tanggapan kononnya dirinya masih belum ‘move on’ atau terlalu mengejar bekas isterinya.
Dia toksik. Orang selalu anggap saya belum ‘move on’ dan gila talak.
Datuk Red menegaskan bahawa isu ini sebenarnya boleh diselesaikan lebih awal di luar mahkamah, namun dinasihatkan oleh peguam agar melalui proses undang-undang bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.
Kalau ikutkan, nak buat pengesahan di luar mahkamah, tetapi peguam tidak benarkan kerana bimbang akan dipenjarakan.
Pssttt! Bila hubungan sudah tidak lagi mendatangkan ketenangan, penyelesaian secara matang dan berhemah adalah jalan terbaik tanpa perlu saling menyalahkan.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




