najiy.jefri@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon, Diana Danielle enggan ditemubual selepas memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Selepas selesai urusan di mahkamah kira-kira jam 9.45 pagi, Diana kelihatan agak beremosi dan enggan berhenti untuk memberikan komen kepada 30 wakil media yang hadir.
Pelakon berusia 33 tahun itu sebaliknya terus menuju ke kereta dan memilih mengunci mulut selepas permohonan dibuat.
Walaupun dihujani pertanyaan daripada wartawan yang ingin mendapatkan reaksi dan penjelasan lanjut, Diana kekal berdiam diri.
Sehingga kini, Diana dan Farid masih belum berterus terang mengenai punca sebenar masalah rumah tangga mereka.
© New Straits Times Press (M) Bhd




