“Dimanakah Common Sense Anda” – Adik Arwah Nidza Afham Luah Rasa Bengang Didesak Buat IG ‘Review’ | Oh! Media

“Dimanakah Common Sense Anda” – Adik Arwah Nidza Afham Luah Rasa Bengang Didesak Buat IG ‘Review’ | Oh! Media

Adik kepada Allahyarham Nidza Afham yang dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia sebelum ini meluahkan rasa bengang apabila ada beberapa jenama mendesaknya untuk promosi produk.

BACA: Polis Akhirnya Sahkan Sesuatu Mengenai Dakwaan Punca Kehilangan Nidza Afham

Menurut laporan mStar, perkara itu terjadi apabila media sosial miliknya menjadi perhatian ramai bermula dari detik kehilangan abangnya itu.

Saya cuba untuk tidak memperbesarkan perkara in. Tetapi makin lama makin banyak pula jenama yang DM (mesej) saya untuk buat kempe dan ‘review’ produk mereka.

Saya baru kehilangan ahli keluarga. Akaun saya dicari untuk perkembangan abang saya. Bukan saya viral sebab benda lain.

adik Nidza Afham

Di manakah akal fikiran anda? mesej saya untuk beri kempen kerana ‘engagement’ saya sedang tinggi sekarang demi kepentingan jenama anda.

Bukan tu jer, jenama-jenama itu juga seolah-olah mendesaknya untuk bekerjasama dengan mereka.

Walau bagaimanapun, Aufa meminta agar pihak yang terlibat bertindak lebih profesional, tambah lagi apabila dirinya baru jer kehilangan orang tersayang.