Dr Fie Sahkan Sudah Bertunang, Belum Sedia ‘Reveal’ Bakal Suami

Dr Fie Sahkan Sudah Bertunang, Belum Sedia ‘Reveal’ Bakal Suami

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah mengesahkan dia sudah bertunang pada 8 Ogos lalu.

Memetik Astro Gempak, perkara itu disahkan oleh Dr Fie sendiri bagaimanapun dia belum sedia untuk mendedahkan identiti bakal suaminya.

BACA: Dr Fie Dakwa Sentiasa Diperhatikan, Tiada Privasi

Ya, Fie dah bertunang. Setakat ini belum bersedia nak reveal bakal suami lag. Insya-Allah kahwin nanti lah. Akad nikahi,” katanya.

Terdahulu, Dr Fie memuat naik gambar mengenakan busana putih duduk di atas pelamin sambil menunjukkan cincin mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Dr Fie dan Nubhan mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015, namun bercerai talak dua pada Disember tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top