Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar ‘Langgan’ Wanita? Bongkar Bukti Perbualan

Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar ‘Langgan’ Wanita? Bongkar Bukti Perbualan

Bekas isteri pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mendakwa selebriti itu telah membuat perbuatan tidak senonoh dengan ‘melanggan’ wanita.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Fara memuat naik bukti dengan mendedahkan tangkap layar memaparkan perbualan dipercayai antara Shuk dan wanita tersebut.

“Kau asyik panggil aku pelacur perempuan murah sebab kau sendiri langgan betina tu dalam telegram!

“Ilusi sampai takut dengan bayang-bayang sendiri. Meh sini kau buktikan pada semua netizen kalau aku pernah menjual diri menjual badan seperti mana kau pernah cakap aku ada video dalam telegram dengan kawan kau,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Fara turut memuat naik perbualan mesej yang mendakwa Shuk berlaku curang dengan wanita berstatus isteri orang.

Fara mendedahkan perbualan-perbualan tersebut selepas bekas suaminya mengabaikan permintaannya untuk hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan urusan pendaftaran perkahwinan mereka.

Artikel Berkaitan: Fara Salleh Berang Shuk Sahar Tak Hadir Mahkamah – “Kau Paksa Rujuk, Sebab Tu Kau Saja Susahkan Aku!”

Terdahulu, Fara pernah menjelaskan dia perlu mendaftar perkahwinan mereka bagi memastikan anak dalam kandungan berusia lapan bulan itu boleh berbintikan dengan nama Shuk.

Malah, Fara turut mendedahkan Shuk telah menceraikannya melalui panggilan telefon.

Scroll to Top