Digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Amira Othman, pelakon Fattah Amin akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar.
Menurutnya, hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar kawan biasa.
Kami berdua kawan, baru-baru ini saja jumpa dekat konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza. Doakan sahaja yang baik-baik.
Fattah juga enggan mengulas lanjut mengenai soal jodoh dan menyambut baik doa peminat yang mahu melihatnya bahagia.
Hantaran Fattah Amin undang perhatian
Sebelum ini satu hantaran milik Fattah menggunakan tanda pagar yang dikaitkan dengan lagu Amira Othman bertajuk Hati-Hati telah mencetuskan spekulasi di kalangan peminat.
Itu biar saya sahaja yang tahu. Saya guna hashtag itu sebab berkaitan dengan posting, bukan sebab lain.
Tambahnya, semua andaian yang dibuat adalah pandangan individu dan Fattah memilih untuk tidak terlalu memikirkannya.
Gimik pemasaran atau realiti?
Nama Fattah dan Amira sering disebut-sebut kebelakangan ini hingga timbul dakwaan hubungan mereka mungkin sekadar gimik pemasaran. Namun, Fattah menegaskan beliau kini sibuk dengan kerjaya dan tidak memikirkan soal jodoh.
Jodoh, ajal tiada siapa tahu. Itu semua takdir Allah. Saya fokus bekerja.
#OhmediaNasihat
Spekulasi dan gosip adalah lumrah dunia hiburan. Namun, sebagai peminat, lebih baik kita menyokong kerjaya selebriti kegemaran kita tanpa terlalu mempersoalkan hal peribadi mereka. Doakan yang baik-baik kerana jodoh itu urusan Tuhan, bukan milik manusia untuk ditentukan.