Gempa bumi di Indonesia dan Chile

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Lumpur: Gempa sederhana berukuran 5.3 skala Richter melanda selatan Laut Seram, Indonesia pada pukul 7.27 malam semalam (22 Nov).

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), dalam satu kenyataan mengatakan, gempa itu terjadi 150 kilometer (km) barat laut Ambon, Indonesia pada kedalaman 35 km.

Manakala gempa kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai Chile, pada pukul 8.54 pagi (waktu Malaysia) hari yang sama (22 Nov).

Menurut Met Malaysia, gempa itu berlaku kira-kira 144 km sebelah barat laut Talca, Chile, pada kedalaman 10 km.

Bagaimanapun, kedua-dua gempa itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan berkenaan.

Malay News
Farah Fauzi