Ibu Iskandar Ismail meninggal dunia

Ibu Iskandar Ismail meninggal dunia

puterialia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi Iskandar Ismail berkongsi berita duka mengenai pemergian ibu tersayang, Rokiah Mat Shukor yang menghembuskan nafas terakhir petang semalam.

Iskandar, 47, menerusi hantaran di Instagramnya, memaklumkan, berita sedih itu diterima dengan penuh rasa dukacita oleh seluruh ahli keluarganya.

“Dengan penuh rasa dukacita dan hati yang berat, saya ingin memaklumkan bahawa ibu kami yang disayangi, Hajah Rokiah bte Mat Shukor telah kembali ke rahmatullah pada hari ini (semalam), 29 April 2026 sekitar jam 2 petang,” tulisnya.

Dalam perkongsian yang sama, Iskandar turut memohon doa daripada orang ramai agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah, mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Kami sekeluarga juga memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap arwah sepanjang hayatnya,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai urusan pengebumian Allahyarham tidak dimaklumkan Iskandar.

“Segala doa, kehadiran dan sokongan daripada semua amat kami hargai. Terima kasih. Al-Fatihah,” kongsinya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top