IPU di Serian meningkat kepada 220, paras sangat tidak sihat

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Serian mengekalkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di negara ini setakat jam 5.30 petang hari ini.

Angka IPU meningkat kepada paras sangat tidak sihat iaitu 220 berbanding 195 pada jam 8 pagi tadi.

Tinjauan pada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan 11 kawasan mencatatkan tahap IPU tidak sihat iaitu 10 lokasi di Sarawak dan satu di Johor.

Kawasan-kawasan itu adalah Samarahan (186); Sri Aman (184); Kuching (180); Sarikei (160); Samalaju (158); Bintulu (157); Sibu (156); Mukah (154); Miri (152), Miri (136) dan Pasir Gudang, Johor (109).

Sebanyak 47 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Di Sabah, bacaan sederhana dicatatkan di Kimanis pada paras 96, Politeknik Kota Kinabalu (94); Kota Kinabalu (91); Keningau (63) dan Sandakan (58).

Labuan mencatatkan bacaan sederhana iaitu 97, manakala Kapit (95) dan Limbang (80) di Sarawak turut berada dalam kategori sederhana.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top