Iqram Dinzly lebih rela kahwini nenek, nasihat Fara Salleh jaga aib rumah tangga

Iqram Dinzly lebih rela kahwini nenek, nasihat Fara Salleh jaga aib rumah tangga

Pelakon, Iqram Dinzly lebih rela kahwini nenek daripada seorang wanita seperti Fara Salleh yang didakwa tidak menjaga aib suami yang juga merupakan seorang selebriti iaitu Shuk Sahar di media sosial.

Iqram atau nama sebenarnya Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin tampil membuat kenyataan berbalas selepas isteri Shuk Sahar memintanya jaga diri dan tidak masuk campur urusan rumah tangga, semalam.

Artikel lain: “Bukan aku kahwin dengan kau..”- Fara Salleh minta Iqram Dinzly jangan sibuk

Iqram Dinzly lebih rela kahwini nenek

Menerusi hantaran di Instagram Story, pelakon berusia 42 tahun itu berpendapat dia lebih rela berkahwin dengan wanita berusia yang kaya selain boleh juga belajar membaca al-Quran dan solat berjemaah.

“Daripada dapat yang muda, aib suami tak dijaga, maki depan orang, boleh menjurus terjunam ke neraka. Nauzubillahminzalik,”jawabnya.

Iqram Dinzly cuma pertahan sahabat, Shuk Sahar

Tambah Iqram, dia bukanlah mahu masuk campur urusan rumah tangga Shuk Sahar dan Fara Salleh, sebaliknya mempertahankan aib sahabatnya daripada terus tersebar di media sosial.

Dalam pada itu, dia juga menyarankan Fara Salleh memperbanyakkan bacaan termasuk membeli buku mengenai kisah isteri Rasullah S.A.W iaitu Siti Khadijah.

Iqram berkata, adalah berdosa sekiranya seorang isteri membuka aib suami di media sosial, sebaliknya pergi mendapatkan kaunseling rumah tangga.

Pun begitu, Iqram akui dirinya bersalah dan tidak perlu masuk campur rumah tangga Fara dan Shuk.

Namun, dia terpaksa kerana geram apabila Fara dilihat cuba merosakkan nama Shuk Sahar yang kini dilihat sedang sedaya upaya membina namanya semula selain mencari rezeki memenuhi kehendak wanita itu.

Di kesempatan itu, dia turut menasihati Fara Salleh untuk mengambil wuduk, solat taubat dan istikharah bagi memohon petunjuk daripada-Nya.

Kemelut antara Shuk Sahar dan Fara Salleh bermula apabila wanita itu telah meluahkan rasa tidak tahan hidup dengan Shuk dan meminta dilepaskan.

Menurutnya, Shuk Sahar sering memburukkan namanya dan suaminya lebih mempercayai rakan-rakan berbanding isteri sendiri, selain menganggap pelawak itu sebagai seorang yang narsistik.

Shuk bagaimanapun menafikan dirinya pernah bercerita buruk tentang orang lain sepanjang umurnya.

Sumber: Instagram  iqdinzlyofficial

Scroll to Top