BERUAS – Siasatan berhubung dakwaan Malaysia dijadikan hab transit bagi aktiviti pengalihan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia ke negara lain telah dimulakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak April 2025.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan itu dijalankan susulan dakwaan Amerika Syarikat (AS) berhubung kemungkinan wujud kegiatan pemerolehan secara tidak sah (illicit procurement) dan penggunaan syarikat proksi di Malaysia.Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708) yang turut melibatkan beberapa agensi penguat kuasa termasuk Bank Negara, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).”Menjawab soalan apakah polis telah membuka kertas siasatan? Jawapannya, ya, seawal April 2025. Kita memulakan siasatan sejurus dakwaan itu timbul.”Kita ada pasukan petugas dipanggil STAC (Jawatankuasa Bertindak Perdagangan Strategik) dan polis merupakan salah satu agensi yang terlibat selain beberapa agensi kawal selia lain,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI (KAM) serta Sekolah Angkat MADANI (SAM) Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kampung Sungai Tiram, Lekir, di sini pada Sabtu.Saifuddin Nasution berkata, skop siasatan polis menjurus kepada kemungkinan Malaysia digunakan sebagai hab transit bagi pengalihan cip berkenaan ke negara lain.Menurutnya, sebarang penemuan hasil siasatan dimaklumkan kepada MITI selaku agensi peneraju untuk tindakan dan penyelarasan seterusnya dengan pihak yang mengemukakan aduan.”Jadi, sama ada hasil siasatan menemui perkara seperti mana yang didakwa, mengumpul bukti mengenai isu pengalihan secara tidak sah atau pemerolehan secara tidak sah ini melibatkan siasatan yang berlapis-lapis.”Tentunya siasatan itu sangat kompleks dan setakat ini saya mengesahkan perkembangan siasatan kami dimaklumkan kepada MITI untuk disampaikan kepada pihak berkenaan,” katanya.Pada Jumaat, kerajaan menerusi MITI mengesahkan tiada sebarang petunjuk atau bukti kukuh bahawa cip AI Nvidia yang dikaitkan dengan Megaspeed International Pte Ltd, berpangkalan di Singapura dan anak syarikatnya, Speedmatrix Sdn Bhd, dieksport semula secara haram keluar dari Malaysia.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan, Malaysia setakat ini belum menerima permintaan rasmi dari Singapura atau Amerika Syarikat untuk siasatan isu berkenaan.
Isu cip AI Nvidia: Siasatan polis sudah mula sejak 2025 – Saifuddin Nasution
Malay News | https://www.malay.news/isu-cip-ai-nvidia-siasatan-polis-sudah-mula-sejak-2025-saifuddin-nasution/