JDT tandatangani pemain Garuda Muda

Johor: Pemain bawah 23 tahun Indonesia, Syahrian Abimanyu menyertai Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa kelab itu akan mendapatkan khidmat pemain Indonesia yang menjadi perancangan projek jangka masa panjang.

Dalam kenyataan yang dimuat naik oleh laman rasmi Johor Southern Tigers, tidak dinyatakan samaada pemain berumur 21 tahun itu akan menyertai JDT ataupun JDT II.

Sebelum ini, Syahrian pernah mendapat pendedahan di Sepanyol bersama Atletico Levante pada tahun 2016 hingga 2017 semasa berumur 17 tahun.

Dia juga memiliki pengalaman beraksi bersama pasukan remaja bawah 16 dan 19 tahun Indonesia dan kini masih bersama skuad bawah 23 tahun.

Sumber: BH Online

Akmal Hakim
Sports Desk

Scroll to Top