Melbourne: Pemain Amerika Syarikat (AS), Jennifer Brady mara ke perlawanan akhir perseorangan wanita tenis Terbuka Australia selepas menewaskan Karolina Muchova 6-4, 3-6, 6-4 dalam perlawanan sengit di sini, sebentar tadi.
Pemain pilihan ke-22 kejohanan itu yang memiliki servis kencang memastikan final pertama dalam Grand Slam menerusi mata kelima ketika menentang pemain pilihan ke-25 berkenaan sambil disaksikan ribuan penonton yang kembali memenuhi Arena Rod Laver selepas perintah berkurung di sini, ditarik balik.
Dia bakal bertemu pemain Jepun, Naomi Osaka pada aksi final esok selepas pemain nombor tiga dunia itu meleburkan impian Serena Williams untuk menyamai rekod 24 kejuaraan utama, dalam satu lagi aksi separuh akhir sebelum itu dengan keputusan 6-3, 6-4.
Brady, 25, adalah pemain terakhir yang sebelum ini terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari sejurus tiba di Australia.- AFP
Malay News
Sports Desk
