Pelakon Azhar Sulaiman berkongsikan keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan isterinya Chempaka Emalin adalah pencapaian paling bermakna dalam hidupnya.
Menerusi podcast Studio Sembang, Azhar mengakui perkahwinannya dengan isteri pada tahun 1995 mengubah segalanya.
BACA: “Geng Tak Amanah Seperti Tupai, Pasti Jatuh Ke Tanah” – Azhar Sulaiman
“Saya rasa mengahwini Chempaka, mengubah segalanya,” katanya.
Azhar turut berkongsikan pertama kali bertemu dengan isterinya ketika Chempaka datang untuk mendapatkan tandatangannya ketika tayangan perdana filem Abang 92.
“Selepas tayangan itu, semua datang minta autograf. Kemudian saya nampak Chempaka, dia paling menyerlah dalam kalangan kawan-kawannya.
“Dia datang minta autograf dan saya terus cakap saya nak kenal dia dengan lebih rapat,” katanya.
Kongsi Azhar lagi, pada keesokan harinya dia ke rumah Chempaka bertemu dengan ibu bapa isterinya dan baginya penting untuk mengetahui latar belakang seseorang.
“Masa itu saya tak berniat pun nak kahwin, tetapi saya cuma nak tahu keluarga dia macam mana. Bagi saya, sangat penting untuk tahu latar belakang seseorang. Bila saya jumpa ibu dan adik-beradik dia, saya rasa okay,” katanya.




