Hantaran terbaharu isteri kepada pelakon Redza Rosli, Bella Hanna di Instagram Story mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
Lebih menimbulkan tanda tanya, Bella turut dilihat memegang beberapa dokumen dalam perkongsian tersebut, sekali gus membuatkan netizen mula berteka-teki mengenai tujuan sebenar kehadirannya ke pejabat agama itu.
Bella Hana dilihat di mahkamah
Perkongsian berkenaan membuatkan ramai membuat spekulasi bahawa Bella mungkin hadir ke pejabat agama tersebut untuk mengambil sijil nikah.

Bagaimanapun, setakat ini Bella mahupun Redza belum berkongsi secara lanjut mengenai tujuan sebenar kehadiran Bella ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
Untuk rekod, Redza dan Bella mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024 di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur dengan sekali lafaz sekitar jam 4.05 petang.
Sebelum sah menjadi suami isteri, pasangan ini pernah mencuri perhatian ramai kerana memilih untuk menjaga privasi hubungan mereka daripada terlalu didedahkan kepada umum.
Pssttt! Apa pun, selagi tuan badan belum memberi penjelasan, lebih baik kita tunggu sahaja kenyataan daripada Bella atau Redza sendiri. Tak semua urusan di pejabat agama membawa maksud besar, mungkin sekadar hal dokumentasi biasa.
Kredit: Instagram Bella Hana
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




