“Kerusi Dah Sampai, Tuannya Belum Lagi” – Alif Satar Tegur Sikap ‘Reserve’ Tempat Dalam Saf Masjid

“Kerusi Dah Sampai, Tuannya Belum Lagi” – Alif Satar Tegur Sikap ‘Reserve’ Tempat Dalam Saf Masjid

Oh! Artis

Alif Satar tegur sikap reserve kerusi dalam saf masjid.

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pandangan mengenai sikap segelintir individu yang ‘reserve’ tempat dalam saf masjid.

Menerusi perkongsian di Threads, Alif meluahkan rasa kasihan terhadap jemaah yang datang awal ke masjid dengan semangat mahu mendengar khutbah, namun terpaksa berdepan situasi tempat sudah ditempah lebih awal.

“Datang awal tapi tewas dengan geng reserve kerusi kat saf”

Kata Alif, walau ada jemaah yang berusaha datang awal untuk mendapat saf hadapan, mereka tetap kalah kepada golongan ini.

Kerusi dah sampai, tuannya belum lagi. Memang problem. Kalau aku, segan beb..

Walaupun nampak seperti perkara kecil, isu ‘reserve’ tempat dalam saf masjid ini sebenarnya dekat dengan pengalaman ramai jemaah.

Lebih-lebih lagi pada hari Jumaat atau waktu masjid dipenuhi orang ramai, setiap ruang dalam saf biasanya menjadi keutamaan untuk mereka yang hadir awal.

Sebab itu, perkongsian Alif mendapat perhatian ramai apabila ada yang bersetuju bahawa amalan menempah tempat sebegitu boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada jemaah lain.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top