Kes selesai, Zamsaham mahu fokus TRW

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kota Bharu: Dengan isu penipuan terhadap Kelantan FC dianggap sudah selesai, pemiliknya Norizam Tukiman kini mahu memberi sepenuh tumpuan kepada usaha membentuk pasukan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021.

Pakar pelaburan berasal dari selatan tanah air itu nyata bersyukur kerana kemelut yang dianggap cukup berat itu berjaya diselesaikan menerusi rundingan.

“Saya berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan seluruh penyokong TRW di atas sokongan mereka ketika saya berdepan satu ujian yang cukup besar ini.
“Bila selesainya isu ini, saya fikir dapatlah memberi lebih fokus untuk menjayakan misi dan visi pasukan TRW,” katanya hari ini.
Semalam, pengurusan Kelantan FC mengeluarkan kenyataan di laman sosial mengenai penyelesaian terhadap kes penipuan empat individu yang terkenal dalam arena bola sepak berkaitan hutang dengan kelab itu.

Pengurusan kelab berkenaan mengesahkan mereka telah menerima bayaran penuh dalam bentuk tunai dan sekeping cek bertarikh 26 November bagi tujuan melangsaikan hutang seperti dijanjikan.

Jelas Norizam atau lebih dikenali panggilan Zamsaham lagi, beliau akan lebih berhati-hati apabila terbabit dalam urusan bola sepak pada masa akan datang selain menjadikan kes itu sebagai pengajaran.
Tambah beliau lagi, misi pihak pengurusannya sekarang adalah mahu mempersiapkan pasukan untuk menghadapi musim 2021.

Photo and Sources: Kelantan Updates

Malay News Sports